03 January 2016

Bila Allah Kata Tidak

Assalamualaikum.


Pergh, agak lama Ai tak masukkan entri. Ai maklumlah, sekolah dah nak buka, jadi kerja pun menjadi-jadi. Tapi, hari ni kan ahad, bersenang lenang sebelum mula sekolah esok. Hmm.

Hari ni, Ai nak cerita pasal apa yang jadi. Kelakar tapi sedih. Sangat. Dah dua hari, termasuk hari ni Ai berjalan-jalan sambil tengok orang kat satu taman tasik ni. Menarik. Macam-macam ragam yang Ai jumpa.

Cut the crap. Sebenarnya, hari ni Ai ada beli pudding kat Komugi. Bagi yang tak tahu Komugi tu apa, boleh tengok gambar kat bawah. Belilah dua.
Lepas tu, dalam hati dah tergedik nak letak kat Insta. Sampai je kat rumah, dengan bersemangat, susun bagi cantik, Pap! Ambil gambar lah tu kengkonon.
Letaklah kat insta dengan ayat "Satu untuk awak. Satu untuk saya. Ada jodoh kita jumpa kejap lagi." Harapannya, si dia tu bacalah kan. Harapan sangat. Oke, lepas je letak macam tu kat insta, Ai pun bersiap dengan cantik pantas untuk ke taman tasik. 

Sampai je kat sana, tadaaaaa, Ai nampak kereta dia. Berdebor oiiii~ terasa macam, dia baca kan kan kan. Ai pun buat rileks buat cool, jalan ke taman tasik. Tapi perut memulas sebab makan sambal belacan banyak sangat. Pergilah ke tandas dulu.

Keluar je daripada tandas, Ai jalan keliling taman tasik. Jalanlah sangat padahal mata tengok sana sinikan. Tapi dalam 30 minit Ai berjalan tu, langsung tak nampak dia. Padahal kereta dia ada.

Jadi, sepanjang perjalanan sampailah ke rumah, Ai terfikir, Bila Allah kata, tidak, maka tidaklah. Maka Ai tak adalah jodoh jumpa dia walaupun berjodohan dengan kereta dia. Kun Faya Kun. 

Di sini, Ai nasihatkan janganlah berharap sangat. Kelakar tapi pedih. Sampai jumpa lagi.
Nota Jari : Orang pergi taman tasik nak bersenam, Ai pergi buat sesaja pula.

0 pembaca:

Post a Comment