14 December 2015

Misi Mencari Oh My Jep

Jom Bersegmen dengan Ai dalam Ayah Saya Superhero Saya 
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Ai sihat-sihat saja. Baru je pulang daripada kampung. Kat kampung pula talian internet macam siput je, tak dapat nak update apa-apa. Bila balik ke rumah, tengok, jalan sana sini kat Facebook, rupanya ada perkara yang kurang seronok.

Kalau anda peminat tegar dengan kucing mesti pernah dengar nama JEP. Baru je masuk dalam rancangan BANANANA hari tu. Tapi rupanya semalam Jep menghilangkan diri lagi. Kalau sebelum ni, Jep pernah hilang dan jumpa atas pokok kelapa sawit. Kali ni hilang tak jumpa lagi.
 
Ummi Jep dah meluaskan tapak pencarian Jep.
Inilah Jep yang comel tu
Balik la Jep, Mia ni nak bersalin dah Jep oiii
Pasukan pencarian Jep
Nota Jari : Kredit gambar semuanya daripada Facebook Oh My Jep. Acik harap Jep kembali pada pangkuan ummi dan keluarga. Pulang la Jep, acik ini sudah merindui gelagatmu ittew.

0 pembaca:

Post a Comment