18 December 2015

Evolusi Bukan Revolusi Diri Ai

Assalamualaikum.

Fuh~ setelah berhempas pulas mencari cari diri gambar yang sesuai. Barulah boleh menulis dengan tenang. Ai percaya, makhluk manusia korang yang sezaman dengan Ai mesti ada evolusi  jugak. Maksud Ai merasa setiap zaman dengan secukup cukupnya.

Pergh, bila usha usha balik gambar lelama, buat rasa nak sorokkan muka dalam tanah. Malu betul. Tapi, itulah diri Ai, perlahan-lahan kita berevolusi. Ye dak.

Dedulu, masa zaman Ai kekecik, manalah ada selendang yang macam sekarang ni. Kalau ada pun mungkin tak ramai. Kira kalau masa Ai kecik, kalau nampak orang pakai bawal pun dah WOAHHH~ hebat kot.

Nampak tak beza zaman Ai dengan zaman adik adik. Zaman korang ni, baru sekolah menengah dah FUHHH~ cantik siot~~! Tak ada lah kome merasa zaman kehodohan dan kecomotan, gittew.

Nak tengok evolusi Ai kena terjah sampai bawah. *Tutup Muka*



 *Tutup Muka* Haiyoo~ Semua semua gambar kat atas tu, sama je orangnya. Memang orang yang sama jadi tak payah nak terkejut sangat. Ye, kan Ai dah cakap tadi, merasa zaman kecomotan dan kehodohan. Haha. 

Gambar pertama tu masa tahun 2006/2007 macam tu la. Yakni, masa tu Ai baru je cecah 16/17 tahun. Berbeza oii dengan remaja 16/17 tahun sekarang ni. 

Gambar kedua tu (bawah) masa tahun 2008/2009 rasanya. Masa ni belum kenal apa itu kanta lekap okeh. Ai ni lambat sikit nak berevolusi. Orang lain dah vogeh de bass, Ai tetaplah macam kanak-kanak comot.

Gambar ketiga (atas), tu masa 2010. Sebenarnya masa ni pun tak ada lah guna kanta lekap pun, tapi sebab kengkonon rasa macam lawa je bukak cermin mata (konon sangat).

Gambar keempat tu, tahun 2015, yakni tahun ni lah weh. Ai mula guna kanta lekap masa tahun 2013 sebab masa tu dah yakin sikit nak guna. Tambah lak, semua geng kaca mata dah berkanta lekap, Ai pun join la skali.

Sungguh, muka ai berevolusi daripada masa ke semasa. Makin dewasa gittew.

Tapi lepas je darjah enam, makin debab dan kebaboom sampailah 16 tahun. Masa tu stress sikit, turunlah sikit sampailah masuk belajar.

Jadi, adik-adik, nikmati zaman korang dulu, jangan cepat sangat dewasa nanti bosan. Hihi.

Nota Jari : Patutlah dulu tak ada nak ngorat Ai. Comot sangat rupanya.

4 comments:

  1. apa pun comel lah Ai... masa berubah penampilan dan kematangan kita pun berubahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai sendiri rasa Ai tak comel pon dulu. Sekarang ni oke la sikit daripada dulu..kui3 tapi manusia kan memang berubah ikut peredaran zaman

      Delete
  2. comey je.. zaman kite sume dah rasa. 90's always comey oldskull :) #cikAialwayscomey

    ReplyDelete
    Replies
    1. kanak kanak 90 an merasa la setiap satu zaman tu..kengkonon sekarang zsaman cecantik belaka..kih3

      Delete