30 May 2014

Bila Berjumpa Pasti Ada Perpisahan

Assalamualaikum~ fewwit~ Tajuk je panjang macam lori baq hang~ Hihi, tapi betullah apa yang Ai cakapkan. Bila kita berjumpa je, mesti akan ada perpisahan. Contoh terdekat, macam Ai dengan kawan-kawan Ai. 


Dulu, lima tahun dulu, Ai jumpa dia orang, alih-alih, sekarang semua dah merata-rata sebab jalankan tugas. Alhamdulillah, kita orang masih lagi berhubung. 

Ohhh kejap~ kejap~ bukan itu yang Ai nak ceritakan. Sebenarnya, beberapa hari lepas yakni pada hari Selasa, kita orang ada buat majlis perpisahan untuk seseorang. Walaupun Ai baru sangat kenal dengan beliau, tapi disebabkan kebaikan beliau, buatkan Ai turut terasa kehilangan dia.

Ai ingat lagi, sejak kali pertama Ai jejakkan kaki di tempat tu, dialah orang yang tanyakan perihal Ai. Pada dia jugalah Ai minta tolong tatkala bingung. Lagak dia persis seorang ibu, penuh sifat keibuan. Jadi bila beliau pindah, Ai terasa serba sedikit.

Malas nak masuk mod sedih, Ai tukar cerita. Majlis perpisahan beliau tu, dilangsungkan kat restoren Arab. Ai pelik sikit, sebab Ai rasa, kebanyakkan orang sini mungkin suka dengan makanan Arab.

Bila dah terbayang nak makan kat restoren Arab, Ai pun dengan azam yang kuat dan melimpah ruah, Ai kosongkan perut sejak PAGI! Natijahnya, perut berbunyi pelbagai muzik. Sabar je lah.

Bila dah sampai, Ai tak nampak apa-apa dah melainkan makanan. ya MAKANAN. Bila pengerusi majlis cakap, Jemput Makan, zuppppp~ Ai pi beratur. Lapaq baq hang!

Fuh~~~ makanan kat restoren Arab ni, memang sedap! Sedap sampai Ai tak pandang orang lain. Sedap sampaikan kakat osmet boleh cakap,

Terkejut akak tengok Ai makan. Selalunya tak habis.

Dalam hati dok cakap, lapar sangat kak oiii~ Okeh okeh, restoren tu, Ai makan kat Ampang, berdekatan dengan kawasan MRR2 kot. Ai pon tak pasti sangatlah. Korang korang, bolehlah terjah ye. Sedap! Sungguh korang tak menyesal.


0 pembaca:

Post a Comment