25 November 2013

Lima tahun setengah

Assalamualaikum. Sayu gila rasa hati bila semuanya dah bertolak kembali ke kampung halaman. Hati terasa sayu tapi jauh sudut hati tidak terasa seperti tidak akan jumpa lagi. Berharap dan terus berharap agar kita sentiasa bersama.

Lima tahun setengah bukan jangka masa yang pendek. Lima tahun setengah bermacam hal berlaku. Lima tahun setengah menjadi aku seperti hari ini. Lima tahun setengah merubahkan aku dari zaman jahiliyah kepada zaman yang lebih baik. Lima tahun setengah mempunyai rahsianya tersendiri. Lima tahun setengah mengajar erti kehidupan. Lima tahun setengah mengajar apa itu Sahabat. Lima tahun setengah bukan jangka masa yang pendek.

Tanpa lima tahun setengah, tanpa di sisi, tiada aku hari ini. Siapa aku kerana kita semua sentiasa bersama. Bergelak tawa, kesedihan dan pelbagai lagi. Lima tahun setengah bukan perkara mudah bagi aku.

Harap selepas ini, lima tahun setengah akan menjadi bertahun-tahun biarpun jarang berjumpa tapi kemesraan tetap terjalin seperti lima tahun setengah :)

Ai Lebiu H2 :)

0 pembaca:

Post a Comment