17 August 2013

Tiket Free untuk Race Start Running Man oleh PETRONAS

Assalamualaikum. Kali ni Ai nak bagi jalan lain pula, nak dapatkan tiket percuma ke Race Start Running Man. Mudah-mudahan, ada yang berjaya :)

Senang je dan mudah caranya. Kalau nak maklumat lanjut, boleh muat turun terma dan syarat di laman sesawang Petronas. Kat sini Ai cerita serba sedikit sahaja mengenai cara-caranya.

Pertama, jika anda pemilik Kad Mesra, anda boleh tengok pada belakang kad anda. Ada tertera nombor kad. Dah tengok? Bagus. Kemudian, anda dikehendaki untuk menghantar mesej untuk tujuan penyertaan. Ikut langkah di bawah :

Jika anda ahli Kad Mesra
  1. Sekali mesej penyertaan :: SMS Mesra (no kad Mesra anda) dan hantar ke 36732. Contohnya :: SMS Mesra 12345678909876543 dan hantar ke 36732
  2. Anda dikehendaki mengumpulkan 30 poin untuk mendapat 1 entri di Stesen Petronas sepanjang berlangsungnya kampen ini
Jika anda bukan ahli Kad Mesra
  1. Sekali mesej penyertaan :: SMS SG (12 nombor kad pengenalan anda) dan hantar ke 36732. Contohnya :: SMS SG 123456081234 dan hantar ke 36732
  2. Beli Gift Card yang baru atau menambah nilai minimum sebanyak RM 30 untuk Gift Card di Petronas. Pembelian mestilah dalam satu resit.
  3. Simpan resit untuk tujuan pembuktian.
Diingitkan bahawa setiap mesej akan di cas mengikut telco anda. Untuk mesej penyertaan ialah RM 0.50

Oke, jelas tak? Kalau masih tak jelas, boleh melawat laman sesawang Petronas atau Facebook Petronas.

0 pembaca:

Post a Comment