17 August 2013

Tiket Free ke Running Man Race Start! TV 2

 Notajari : Semua Ai ambil dari FB TV 2
Assalamualaikum. Kita jumpa lagi ya. Eceh ayat memang nak vogeh deh bass je. Oke, sekarang kita berbalik pada tajuk kat atas.
Siapa tak tahu Running Man tu apa, sila angkat tangan. 
Siapa tahu Running Man tu apa, sila angkat kaki.
OoOoOoO ramai juga yang tahu ye. Bagi yang tak tahu, meh sini Ai cerita serba sedikit mengenai Running Man sebelum nak beritahu cara nak dapat tiket free macam mana.

Running Man sebuah rancangan variety Korea yang mempunyai tema program seperti Cari Harta Karun atau dalam bahasa Englishnya ialah Treasure Hunt. Running Man mempunyai 8 orang ahli tetap sebelum Song Joong Ki keluar, maka sekarang hanya ada 7 orang ahli tetap sahaja. Jadi setiap kali ada aktiviti, Running Man akan menjemput beberapa orang tetamu untuk memeriahkan suasana. Dah faham?

Ai teruskan lagi. Rancangan ni sangat popular hampir semua negara termasuk Malaysia. Contoh yang terdekat ialah Ai sebab Ai ikut Running Man daripada dulu sehingga sekarang. Bila menyedari program ni dah mendapat nama dalam hati penonton, maka TV 2 mengambil inisiatif untuk menyiarkan di TV 2. Ai suka inisiatif tu.

Kenapa Race Start!!? Kalau anda tengok Running Man daripada episod 1 sampai episod 158, pasti anda kenal dengan setiap ahlinya. Ahli paling senior iaitu Ji Suk Jin merupakan orang paling awal keluar bila ada aktiviti menarik tag nama. Jadi apabila Ji Suk Jin dikeluarkan secara rasminya race akan berlangsung.

Dah terjawabkan. Jadi Ai rasa semua orang dah tahu apa tu Running Man dan Ai yakin hampir daripada rakyat Malaysia tengok. Jadi mestilah tahu beberapa orang ahli nak datang Malaysia, antaranya Sparta Kook, Impala Hyung, Kang Gary dan Haroro.

Tak dapat nak pergi sebab mahal? Jangan risau sayang-sayang sekalian. Ai ada cara dan semestinya kenalah berusaha sendiri :) Boleh tengok bawah :)



Dah baca? Tak nak baca? Tak apa, Ai terangkan satu persatu. Caranya sangat mudah dan senang. Hanya perlu lihat dan kemudian taip. Senang bukan. Anda hanya perlu menjawab soalan yang diberikan ketika Running Man dikeudarakan sahaja.
Anda hanya perlu like sahaja page TV 2 iaitu facebook.com/tv2.rtm (senang bukan)

Anda perlu menonton Running Man episod 12 (17 Ogos) dan episod 13 (24 Ogos) di TV 2. Bagi yang dah pernah tengok tu apa salahnya tengok lagi ye tak. Boleh tengok berulang kali lagi tauu~

Dikatakan soalan akan disiarkan semasa rancangan disiarkan yakni pada jam 4.00 petang - 5.30 petang. Jadi anda, anda, anda perlulah tercongok di depan televisyen untuk tunggu soalan. Tapi Ai rasa, mungkin soalan akan diberikan juga di laman page TV2. 


Bila dah dapat soalan tu, TUNGGGGGUUUU dulu. Kena kumpul soalan daripada episod 12 dan 13. Jadi, anda dikehendaki kumpul dua soalan. Jangan hantar lagi tau :) Na na na, bukan setakat jawab soalan je, tapi ada SLOGAN DAN!! Jangan lebih 15 patah perkataan ya.


Contoh : Saya memilih Running Man di TV 2 kerana Spart Kook yang terlampau kacak dan tegap.

Bila dah cukup dua soalan, kemudian dah ada slogan baik punya, maka tibalah masa nak hantar jawapan. Macam mana? Senang je. Buka email anda seperti Yahoo! Gmail! MSN dan sebagainya. Contoh macam kat bawah ye. Ai tunjuk guna Yahoo!
  1. Masuk email anda seperti biasa 
 
2.   Cari macam kotak merah kat bawah dan tekan.


3.   Ikut je langkah di bawah, kalau taknak pun, terpulang :) (ini ikut suka Ai formatnya)



Tarik tutup untuk hantar ialah pada jam 12 tengah malam pada 25 Ogos. Jadi anda ada masa sehari untuk jawab soalan dan soalan.

Selamat berjaya :)

Kat bawah ni, Ai ada letak video untuk promosi Race Start :)


0 pembaca:

Post a Comment