14 February 2013

SSiD vs KG

Assamualaikum. Semangat betul Ai nak menulis pagi-pagi cenggini. Bukan apa, Ai terasa teruja dengan apa yang Ai nampak kat FB tadi.

Ai nampak Umi Kalsom, penulis Kampung Girl ada cakap mengenai page drama Kampung Girl. Jadi Ai dengan senang hati pergi usha page tu. Memang terkejut Ai sebabkan Ai tak tahu mengenai perkara ni.

Tengok-tengok pula ada Akim + hero pula tu. Semakin cair rasanya. Sesuai juga dia jadi Ash yang sombong tu. Heroin pula Nad Zainal. Ai tak tahu lakonan dia maka Ai harap dapatlah bawa watak Ain tu dengan baik. Aww~

Bila usha tak puas hati, Ai cuba tanya pakcik Google. Ternyata pakcik Google tak tahu bila akan keluar drama ni malah ada kejutan lain pula untuk Ai. Novel SSiD kuga bakal diadaptasikan. Cuma untuk slot mana tak tahu dah siapa pelakonnya.

Memang terkejut dua kali Ai waktu ni.

Harapan Ai semoga dua cerita ni bolehlah ikut jalan cerita yang sebenar. Tak adalah macam adaptasi sebelum ni. Aww

Mana tahu Encik Beto boleh jadi hero untuk SSiD ke. Hewhew

Pesan Nota Kaki : Harap-harap tak menghampakan dua adaptasi ni. Ai menunggu Bayangan Rindu ni~~

0 pembaca:

Post a Comment