28 December 2012

Kenali Dia #2

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Sekejap lagi, para lelaki harus siap sedia pergi solat Jumaat ya. Hari tu, Ai dah kenalkan dua orang penulis comel, kali ni, Ai ada terjumpa penulis yang namanya seakan penyanyi Cinta Muka Buku tu.

Semalam masa cari-cari cerpen yang menarik minat Ai, pakcik Google telah memberikan jawapan. Masuk je blog si penulis ni, ada banyak cerpen (sebab Ai suka e-cerpen daripada e-novel) maka terkinja-kinja kejap Ai.
Penghargaan Gambar : Blog NAJWA ULFAH
 
 Kat atas ni, kepala blog si penulis. Nama pena (tak pasti sama ada nama pena atau nama betul) si penulis Najwa Ulfah. Comelkan nama dia. Serius umur dia Ai tak pasti, tapi rasanya muda dari Ai (sekarang banyak penulis muda-muda, serius Ai cemburu). Kenapa Ai suka penulisan dia?

Walaupun tak banyak mengenai perjalanan cerita tapi lebih kepada dialog, Ai tetap faham dan senang untuk faham. Habis semua e-cerpen si penulis baca. Ada yang berkaitan dengan orang yang berbadan besar (tembam) sebagai watak utama. Memang cerpen tu, berjaya buat Ai menangis! Tak tahulah, Ai emosi sangat ke apa ke, tapi cerita tu berjaya buat Ai menangis. 

Kemudian ada cerita mengenai si panas baran yang bertemu dengan jejaka yang baik hati. Ai suka sebab ada lagu 150 juta kali tu. Memang kena dengan sikap dia. Ada cerita pasal kahwin sebab nak elakkan bekas tunang datang kacau. Ada banyak yang buat Ai menangis. Serius cerita si penulis ni seronok. Sila pergi baca dengan cepat.

Macam mana nak cari? Tak payah lah korang gigih nak tekan gambar tu sebab Ai tak letakkan link pun. Nanti pakcik Google marah Ai. Maka korang boleh cari kat pakcik Google dengan menaip NAJWA ULFAH atau DUNIA CERITA NAJWA. Dijamin anda suka dengan cerita yang dihasilkan.

Semalam juga, masa Ai tengah belek-belek e-novel kat Penulisan2u, Ai ada nampak satu tajuk macam menarik minat Ai. Kemudian, Ai pun gigih tanya pakck Google, trang tang tang, Ai dapat jawapannya.
 
Penghargaan Gambar : DEKNA LEE

Nama si penulis Husna Razali, tapi nama pena si penulis Dekna Lee. Apa yang Ai suka? Secara jujurnya, Ai suka jalan penceritaannya, tapi tak boleh dan sememangnya tak boleh jalan penceritaan yang sebegitu dibawa ke realiti. Gaya penulisannya pun selamba dan ada sikit bahasa kasar (bagi Ai) tapi perkara macam tu tak ada mencacatkan penceritaan.

Si penulis ada banyak e-novel dalam wordpress dia. Anda boleh pilih mana satu yang anda suka untuk baca dulu. Bagi Ai, Ai baca Menantu Mithali dan ceritanya menunjukkan sebagaimana tajuk yang diberi. Seronok baca.

Macam mana nak cari? Anda boleh tanya pakcik Google dengan menaip DEKNA LEE. Selepas itu, akan terkeluarlah laman sesawang si penulis. Si penulis sungguh comel dan selamba :)

Pesan Nota Mata : Ai suka baca cerita anda semua. Ai mohon maaf jika ada yang terasa dengan perkataan Ai. Ai nak baca cerpen dari anda semua lagi :)

0 pembaca:

Post a Comment