04 January 2016

Hari Pertama Ke Sekolah~

Assalamualaikum.

Hari ni hari pertama ke sekolah. Amacam? Ada yang menangis tak pergi sekolah? Mana tahu, kot kot masih ada yang menangis nak ke sekolah. Ai kalau menangis pun tetap kena ke sekolah. Hihi.

Hari pertama selalunya hari yang sangat-sangat mencabar. Tambah pula, ada yang masih takut nak ke sekolah, sampaikan kena pujuk baru nak tenang. First time, ya dok.

Setakat hari ni yang Ai masuk kelas, tak ada lagi menangis. Maklumlah, cikgu cantik menarik berdedikasi yang masukkan. Haha. Hari ni juga hari transisi murid tahun 1. Budak zaman sekarang ni berbeza dengan budak zaman Ai. Semuanya berani belaka. Boleh jawab soalan yang diberikan

03 January 2016

Bila Allah Kata Tidak

Assalamualaikum.


Pergh, agak lama Ai tak masukkan entri. Ai maklumlah, sekolah dah nak buka, jadi kerja pun menjadi-jadi. Tapi, hari ni kan ahad, bersenang lenang sebelum mula sekolah esok. Hmm.

Hari ni, Ai nak cerita pasal apa yang jadi. Kelakar tapi sedih. Sangat. Dah dua hari, termasuk hari ni Ai berjalan-jalan sambil tengok orang kat satu taman tasik ni. Menarik. Macam-macam ragam yang Ai jumpa.

Cut the crap. Sebenarnya, hari ni Ai ada beli pudding kat Komugi. Bagi yang tak tahu Komugi tu apa, boleh tengok gambar kat bawah. Belilah dua.

30 December 2015

Segmen "Ayah Saya, Hero Saya"

Assalamualaikum.

Hari ni, saat ini, jam ini, maka berakhirlah segmen ini. Sob Sob. Alhamdulillah, walaupun tak ramai yang sertai segmen Ai, tapi Ai bersyukur sebab masih ada yang sertai. Terharu. Sob Sob.

Ai dah baca semua semua yang sertai segmen ni. Ada macam-macam cerita pasal ayah masing-masing. Ai buat segmen ni sebab AI nak semua semua ni, ingat jasa-jasa ayah kat diri masing-masing. Jangan bila dah tak ada baru kita nak hargai.

Jangan. Hargai selagi masih ada. Ai setakat boleh ingat kenangan je sekarang ni. Ingat dalam doa. Okeh. Bagi yang nak tengok dan nak baca kisah menarik mengenai ayah blogger-blogger ni, boleh la tekan tekan link kat bawah.

Oh, sebelum tu, syarat Ai untuk segmen ni, kalau kurang 20 orang, automatiknya terbatal. Jadi, Ai hargai sangat yang sertai segmen Ai. Insya Allah lain kali, Ai buat segmen yang senang-senang je.

  • http://najwazahid94.blogspot.my/2015/12/ayah-saya-superhero-saya.html
  • http://muffincokelatcinta.blogspot.my/2015/12/ayah-saya-superhero-saya.html
  • http://apple-crunchh.blogspot.my/2015/12/ayah-saya-superhero-saya.html
  •  http://quebecity.blogspot.my/2015/12/ayah-saya-superhero-saya.html
  • http://aienienka.blogspot.my/2015/12/ayah-saya-superhero-saya.html